Tarikan pelancongan terbaharu Kemabong di Kampung Bamban


Oleh Sabah News Today

KEMABONG: Pusat Pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Bamban yang disifatkan berlainan dari pusat pelancongan Komuniti yang lain di daerah ini dan bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu di Kemabong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Jamawi Jaafar berkata pusat pelancongan Komuniti yang berkonsepkan pelancongan berasaskan Budaya Suku Kaum Murut meliputi baju kebudayaan, tarian, kraftangan, makanan tradisi dan keindahan kampung serta air terjun yang terdapat di kampung ini diyakini mampu menarik orang ramai khususnya pelancongan dari luar.

Jamawi melihat salah satu kraftangan tradisi yang dipamerkan di Pusat Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Bamban. Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

“Pusat pelancongan yang diusahakan oleh penduduk kampung melalui Koperasi Bamban Pasisimpungan Kemabong Berhad ini merupakan yang ke lima diwujudkan di daerah ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pusat pelancongan tersebut di kampung Bamban dekat sini baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan pengwujudan pusat pelancongan berasaskan komuniti di kampung Bamban ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan di Sabah dan Kemabong khususnya

Jamawi menerima cenderamata selepas perasmian
Pusat Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Bamban. Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

“Pengwujudan Pusat Pelancongan komuniti di kampung Bamban saya harapkan turut menaja sumber pendapatan penduduk kampung melalui penghasilan kraftangan ,budaya dan lain lain untuk dipasarkan kepada pengunjung yang melawat ke sini,” katanya.

Dalam hubungan lain Jamawi juga berharap oleh kerana Kemabong ketika ini sedang bergerak dalam sektor pelancongan terutamanya berasaskan komuniti masyarakat setempat perlu mengutamakan kebersihan dan kawasan sekitarnya terus terpelihara.

“Saya menyeru kepada semua orang agar terus menjaga kebersihan bagi memelihara keindahan kawasan pelancongan ini,” katanya.

Semasa perasmian Pusat Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Bamban. Gambar SNT/Ihsan Dun Kemabong

Di majlis itu juga Jamawi turut meluluskan peruntukan untuk naiktaraf lansaran yang sudah lama tidak di gunakan agar ianya menjadi tarikan utama ke Balai Budaya Bamban ini.

Turut hadir Wakil Perbadanan Pelancongan Sabah bahagian Keningau Julianus Jeffery, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang, pengerusi koperasi Bamban Pasisimpungan Kemabong Berhad Herry Johnson Kulipo dan wakil Ketua Anak Negeri mukim Paal Hailly Jamihiu serta Ketua Kampung Bamban Udang Sungak dan pengerusi MPKK Bamban Mastinah Paun. -SabahNewsToday





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *