PENUNGGANG MAUT DISERET 3 METER


Oleh Wartawan BS
3 Februari 2020

TAWAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta pacuan empat roda sebelum diseret kira-kira tiga meter dalam kemalangan di simpang Jalan Utara Baru, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi tadi, mangsa, Rudy Abd Rahman, 40, yang juga pekerja kilang dipercayai dalam perjananan ke tempat kerjanya di Gudang Empat.

Bagaimanapun, tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kereta pacuan empat roda dinaiki sepasang suami isteri yang mahu memasuki simpang Jalan Utara Baru.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Ak Umbuas, berkata siasatan mendapati pemandu kereta pacuan empat roda bersama isterinya dalam perjalanan dari Felda Umas ke bandar Tawau dan sebaik tiba di lokasi kejadian,
kereta pacuan empat roda terus memasuki simpang kerana menyangkakan jarak motosikal dinaiki mangsa masih jauh.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa maut di lokasi kejadian dan motosikal mangsa rosak teruk.

“Keadaan cuaca ketika itu adalah baik dengan permukaan jalan berturap.

“Pemandu kereta pacuan empat roda yang berusia lingkungan 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *