JARI TERSEPIT DI LUBANG KERUSI


Oleh Wartawan BS
3 Januari 2020

KOTA KINABALU: Seorang murid perempuan terpaksa menanggung kesakitan hampir setengah jam apabila jari telunjuk tangan kirinya tersepit pada lubang kerusi di sekolahnya di Manggatal, di sini hari ini.

Mangsa Nafiqa Abdullah, 7, berusaha mengeluarkan jarinya dengan dibantu guru dan ibunya termasuk menggunakan minyak namun gagal.

Berikutan itu, pasukan bomba dipanggil bagi membantu mengeluarkan jari mangsa terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Zainuddin Saidi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jari seorang murid tersepit di lubang, jam 12.50 tengah hari.

“Sebuah jentera dan EMRS dengan kekuatan lima anggota bergegas ke lokasi kejadian dan didapati jari telunjuk tangan kiri murid perempuan tersepit pada lubang kerusi plastik di makmal sekolah.

“Susulan itu, pasukan bomba bertindak menggunakan gergaji besi dan playar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, jari mangsa berjaya dikeluarkan dan seterusnya diberi rawatan awal anggota EMRS.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas untuk rawatan lanjut.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 1.49 petang tadi,” katanya.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *